Entries
Ini tips percuma untuk pakwe2 tampil hensem di mata awek2.
Pakwe: awak, awak, banyak2 bunga, bunga apa yang paling awak suka?
Makwe: bunga-bunga cinta layu di pusaralah~ (atau bunga tanjung atau bunga kemboja atau bunga jejarum etc ikut suka awek tu lah)
Pakwe: saya paling suka bunga *pakcik Jalil (sebutkan nama bapa awek tersebut)
*pakcik Jalil adalah contoh.
sekian,
selamat mengayat.
ni sneak peak citernya. Bakal terbit Jun ni.
Pihak polis yang berkubu di hadapan pagar itu cuba meleraikan penunjuk perasaan yang bersenjatakan buluh-buluh runcing dengan papan sepanduk yang menghina negara sambil ketua mereka memekik-mekik mencarut kata-kata nista seperti orang hilang akal dengan pembesar suara.
– Benci dan Dendam di Gawang Doa oleh Rudy
Penumbuk Wajih melayang ke arah Hani. Dek sudah menyangka perkara ini akan berlaku, Hani sempat mengelak. Penumbuk Wajih terkena tubir mata Hani tetapi lebih tersasar dan mendarat di jenang pintu. Teringat kata-kata Tina, penumbuk sulung Hani mendarat pada rusuk kanan Wajih. Tertunduk-tunduk Wajih memegang rusuknya.
– Cinta Gila oleh Ay Yusof
Dengan sekuat tenaga, dia menyauk ketiak kanan Nadira dan menghumbannya ke arah pintu. Uncle Mokhsin dan temannya yang tercegat, tidak sempat bertindak atau mengelak apabila pisau yang tergenggam kukuh di tangan kanan Nadira merodok ulu hati wanita kurus tinggi berselendang hitam. Kepala Nadira pula menghentam dinding konkrit dan suasana dirasakan kelam, lalu bertukar gelap.
– Culik oleh Dayang Noor
He still remembered the feeling of his heart sinking and breaking in two as he saw what was left of Scarlett, a bloody half a torso, her legs half a kilometre away from the scene, her intestines making a long trail from the place she got hit, head tilted at such an impossible angle due to a snap in the neck, mouth agape trickling blood with those lifeless, glossy eyes staring back at the husband.
– I’m Sorry oleh Tryana
Pemuda itu telah nekad benar mahu menetak batang leher menteri. Mata parang telah diangkat tinggi. Tinggal masa untuk dihayunkan sahaja ke wajahnya. Pucat bagaikan benar-benar malaikat maut telah mencabut nyawanya, menteri kegigilan dalam ketakutan. Situasi begitu membuatkan akalnya yang selama ini bijak mencipta retorik, gagal berfungsi untuk memikirkan jalan keluar bagi menyelamatkan diri.
– Keris Hitam Bersepuh Kuning oleh Fandy Taher
Dua pihak sedang menunggu detik yang sesuai untuk bertindak. Jimmy sedang menjulang gitar. Rancangannya gitar tersebut akan dijatuhkan tepat ke atas kepala Robert. Sedang Robert pula sudah bersiap sedia dengan batang mikrofon yang akan dilibaskan ke kepala Jimmy selepas Jimmy menjatuhkan gitarnya. John memerhati dengan cemas. Harapnya tiada apa yang buruk terjadi.
– Konserto Rock Terakhir oleh Zan Zaini
Aku tumpukan sepenuh tenaga pada penumbuk kanan lalu terus aku lepaskan betul-betul ke arah anak tekaknya dan ini terus menyebabkan mamat tadi menekup tangan ke anak tekaknya menahan keperitan. Selepas puas hati dengan kekalahan mamat tadi, aku terus tak ingat apa-apa. Aku syak, penangan but Red Wing dah mula buat otak aku mengalami konkusi.
– Legenda Skudai Kiri oleh Fikri Misti
Dengan sekali libas, tangan kanan aku menepis muka Zen Zakaria. Lutut kiri aku maju ke dadanya. Sedetik kemudian Zen Zakaria merasa tumbukan kiri yang kuat singgah ke mukanya. Dia terpelanting. Pinggan mangkuk bertaburan di lantai restoran. Sisa-sisa makanan tumpah bersepah. Zen Zakaria terbaring di bawah meja. Mukanya berlumuran darah. Dua gigi depannya patah.
– Liga Gusti Bawah Tanah oleh Tok Rimau
Samurai Takamura menyerang, sambil menebas-nebas dengan katana. Katsume juga menyerang, dan, serentak dengan itu dia menebas celah kelangkang Samurai Takamura – tepat – tus! Kotek Takamura jatuh mengeletek ke tanah. Katsume memungut kotek yang telah terpangkas dari tubuh musuhnya itu, lalu menggantungkan ke leher.
– Perempuan Terakhir Penegak Panji Kesamarataan oleh Sinaganaga
Si Bagong pantas menyambar tengkuk Lang Merah dengan kaki kanannya. Sekarang situasi sudah terbalik. Si Bagong berada di atas dan Lang Merah berada di bawah. Si Bagong mengembangkan sayapnya dan berkokok sekuat hati sebelum taji kanannya yang bersarung besi tadi diseret ke leher Lang Merah. Berhamburan darah panas Lang Merah membasahi gelanggang.
– Taji Kehidupan oleh Aman
Anak-anak buah Chang sudah dibelasah separuh mati oleh Jinggo. Ambulans sudah standby. Tunggu isyarat sahaja. Sekarang hanya tinggal Chang dan Jinggo. Melihatkan anak buahnya lunyai dibelasah Jinggo, Chang mula goyah. Terasa bahagian pinggang ke bawah sudah terpasak ke bumi. Peluh jantan mula menitik satu persatu. Ketika ini, Chang mula terbayang Cikgu Solehah dirangkul kemas oleh Jinggo.
– Gangster Taman Mawar oleh Abrar Che Teh
Husin melontar kapaknya ke arah lelaki itu. Berpusing-pusing melayang dan terpacak tepat mata kapak di atas dahi. Darah memancut. Lelaki itu rebah ke bumi. Husin cuba keluar dari bilik itu, tetapi dihalang oleh empat lelaki bersenjata. Laksana boomerang, Husin melempar sebilah lagi kapaknya. Kapak itu berputar lalu mencantas leher keempat-empat lelaki tersebut. Kapak melayang kembali ke tangan Husin. Empat badan rebah, empat kepala bergolek.
– Prima Jaya oleh Mat Jan
Li mengepal sekemas-kemas tangan dan menumbuk perut lawannya sekuat hati. Tanpa memberi peluang lawan bertahan, dia terus menumbuk bertubi-tubi bahagian kiri dan kanan rusuk. Li menepis tangan lawannya membuka ruang melancarkan buah pukul. Rasa sakit tulang tangan berlaga dengan tulang hidung tidak diendah. Bersepai darah memercik dari hidung dan mulut lawannya. Aripin semacam terpinga-pinga, tidak berkata apa-apa.
– Samseng Kampung oleh Firol
Hassan menarik rambut Megat, lalu dipusingkannya. Megat tertiarap. Dengan sepantas kilat, Hassan mengilas tangan kanan Megat ke belakang sekuat hati, manakala sendi siku dipijak. PRAAKK!!! Tangan kanan Megat terkulai. Tulang-temulang bagaikan hancur. Megat merengus kasar, bagaikan lembu disembelih.
– Sisakoin oleh Shahir Yusoff
GASAK. AKAN DATANG. JUN 2012.
No comments so far · Tags: buku indie, gasak, sol-jah
aku tulis lain kat white board tapi cakap lain kat budak2.
hahahaha.. huhuhuhuu…
kan dah kena gelak satu kelas.
semua ni pasal terlebih gula ke otak. huhu
No comments so far · Tags: cakap, silap, white board
tadi masa balik dari ofis junior aku tanya soalan.
gini soalannya.
Hari-hari kita sampai kat stesen Bangsar ni kul 6.54. Ini kalau ada yang nak bunuh kita senang aja. Tunggu kita sampai stesen ni pukul 6.54 ptg dan snipe kita.
Aku jawab.
Nasib baik kita tak popular. haha.
2 comments · Tags: putra, snipe, sniper
Anak saudara aku seorang ni memang nakal sekali. Pantang ke sinki mesti main air.
“Udah la main air tu!” Tegur aku.
“Nak basuh tangan la,” jawabnya.
lepas 5 minit.
“Udah-udah. Jangan main air lagi. jap lagi lipas kuar karang. Dia gigit kaki tu baru tau,” ugut aku.
“Ala nak basuh pinggan pun tak boleh,”ngomelnya.
Tiba-tiba,
Piaap!
Ayahnya kasi backhand.
“Patutla bil air sampai 60 ringgit. Ini puncanya,” marah si ayah.
“Waaaaa… Waaaaa….” Jerit si kecil.
“Kan Maksu dah cakap. jangan main air. Degil tul. Kan dah kena backhand,” sakat aku.
“Waaaaaa… waaaaa…” Tangisnya tak henti memecah suasana.
2 comments · Tags: backhand, main air, menangis
“Setiap air mata yang mengalir,
Allah! aku lemah dan tak berdaya,
Aku sayang Allah,
Aku cinta Allah.”
Itu petikan puitis Ari Arangga. Aku terbaca komen kawannya di sini. Kawannya kata, dia masih bujang. Siapa kenal dia secara realiti?? ahem.
kecik sahaja sebenarnya.
Dalam jutaan blog yang tak terkenal, blog aku berjaya ditemui oleh orang kampung aku.
Kecik betui dunia ini.
p/s: bukan blog ini. blog yang lain
2 comments · Tags: dunia, jumpa, kecik, kecil
2 comments · Tags: Bahasa, dan, Google, Ketenteraman, Melayu, Stalking, Translate, Ugutan





